JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA


Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Dari segi, cara pemakaian terdapat perbezaan di mana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju manakala baju Melayu Cekak Musang baju dipakai kemas-kemas di dalam samping. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.

Baju kebaya mempunyai dua versi baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsong yang berasingan atau yang berantai. Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan dan di tepi bahagian belahan.



Han Cina atau Hanfu merujuk kepada pra-abad ke-17 pakaian tradisional dari China Han , yang dimonan dari kelompok etnik China. Istilah 'Hanfu' ialah untuk menunjukkan sistem pakaian kaum Han. Istilah ini tidak sentiasa digunakan oleh golongan Han namun ia lebih digunakan oleh kumpulan etnik negara lain. Tujuan tersebut adalah untuk membezakan sistem pakain Han dengan sistem pakaian kebangsaan sendiri. Pakaian bahagian atas Hanfu mempunyai kelapak longgar dan terbuka. Bahagian bawah pula terdiri daripada skirt yang panjang serta mempunyai lenggan panjang dan longgar.








Pavadai thavani merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh perempuan yang belum berkahwin. Pavadai thavan sering dipakai oleh kaum perempuan yang berumur 13 hingga 18 tahun. Pavadai thavani juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Pakaian ini juga tidak panjang seperti sari. Oleh itu, dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ''half saree". Pavadai thavani mudah untuk dipakai tanpa bergantung pada bantuan orang lain. Pakaian ini menunjukkan bahawa seseorang budak perempuan kaum India telah pun mencapai alam dewasa. 



6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. informasi tentang pakaiam kaum india adalah memang baik...:)

    ReplyDelete
  3. informasi yang diberi tentang pakaian kaum india adalah memang baik..:)

    ReplyDelete
  4. Dapat informasi yang teliti tentang jenis-jenis pakaian tradisional masyarakat malaysia

    ReplyDelete