Sunday, August 28, 2016


PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DI MALAYSIA


PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU


Image result for baju melayu

Baju Melayu adalah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju ( kemeja lengan panjang ) dan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekek musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk sembahyang, majlis formal dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga dipakai untuk majlis-majlis keagamaan dan semasa Hari Raya Aidilfitri.


Image result for baju kurung
   Baju Kurung dianggap popular dan dipakai oleh kaum    Melayu perempuan. Pengertian kurung secara tidak        langsung telah membawa erti ' mengurung atau              menutup' anggota tubuh. Cara ini menepati konsep        pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam,              sehinggalah istilah 'kurung' diertikan sebagai baju            selesa dan longgar , labuh atau panjang.








PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA




Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkanya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. Samfoo dan Hanfoo juga merupakan pakaian tradisional kaum lelaki Cina.




Pakaian Cheongsam atau 'baju panjang' yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.










PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA



Dhoti atau pun lebih dikenali sebagai veshti adalah 
pakaian tradisi untuk kaum lelaki India. Pakaian ini 
diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna
putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian 
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan 
menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar 
atau kuning susu. Dhoti juga dipakai oleh lelaki India 
semasa perkahwinan dan juga semasa perayaan.




Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India.
Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit berlingkungan 
dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang
ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya 
yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling 
pinggang dengan satu hujung menabir ke atas bahu.



JENIS-JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA


Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan           Malaysia. Dari segi, cara pemakaian terdapat perbezaan di mana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju manakala baju Melayu Cekak Musang baju dipakai kemas-kemas di dalam samping. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura 
ke Johor Bahru.

Baju kebaya mempunyai dua versi baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsong yang berasingan atau yang berantai. Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan dan di tepi bahagian belahan.




Han Cina atau Hanfu merujuk kepada pra-abad ke-17 pakaian tradisional dari China Han , yang dimonan dari kelompok etnik China. Istilah 'Hanfu' ialah untuk menunjukkan sistem pakaian kaum Han. Istilah ini tidak sentiasa digunakan oleh golongan Han namun ia lebih digunakan oleh kumpulan etnik negara lain. Tujuan tersebut adalah untuk membezakan sistem pakain Han dengan sistem pakaian kebangsaan sendiri. Pakaian bahagian atas Hanfu mempunyai kelapak longgar dan terbuka. Bahagian bawah pula terdiri daripada skirt yang panjang serta mempunyai lenggan panjang dan longgar.









Pavadai thavani merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh perempuan yang belum berkahwin. Pavadai thavan sering dipakai oleh kaum perempuan yang berumur 13 hingga 18 tahun. Pavadai thavani juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Pakaian ini juga tidak panjang seperti sari. Oleh itu, dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ''half saree". Pavadai thavani mudah untuk dipakai tanpa bergantung pada bantuan orang lain. Pakaian ini menunjukkan bahawa seseorang budak perempuan kaum India telah pun mencapai alam dewasa. 







Pakaian tradisional kanak-kanak






Seperti orang dewasa kanak-kanak juga mempunyai pakaian tradisional. Baju Melayu merupakan pakaian tradisional kanak-kanak lelaki dan baju kurung merupakan baju tradisional kanak-kanak perempuan. Tujuan orang dewasa dan kanak-kanak memakai baju taradisional adalah sama .








Dhoti dan pavadai sattai merupakkan pakaian tradisional kanak-kanak kaum India. Pavadai sattai dipakai kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun.






















Samfu dan cheongsam merupakan pakaian tradisional kanak-kanak kaum Cina.