PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
Baju Melayu adalah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju ( kemeja lengan panjang ) dan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekek musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk sembahyang, majlis formal dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga dipakai untuk majlis-majlis keagamaan dan semasa Hari Raya Aidilfitri.
Baju Kurung dianggap popular dan dipakai oleh kaum Melayu perempuan. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ' mengurung atau menutup' anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah 'kurung' diertikan sebagai baju selesa dan longgar, labuh atau panjang.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkanya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. Samfoo dan Hanfoo juga merupakan pakaian tradisional kaum lelaki Cina.
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
Dhoti atau pun lebih dikenali sebagai veshti adalah
pakaian tradisi untuk kaum lelaki India. Pakaian ini
diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna
putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar
atau kuning susu. Dhoti juga dipakai oleh lelaki India
semasa perkahwinan dan juga semasa perayaan.

Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India.
Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit berlingkungan
dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang
ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya
yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling
pinggang dengan satu hujung menabir ke atas bahu.

Saya dapat lebih mengetahui tentang pakaian tradisional masyarakat malaysia
ReplyDeleteTaniah kepada pengasas blog ini..blog ini membantu saya untuk memahami tentang pakaian tradisional dengan lebih lanjut dan jelas...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih.Saya berharap info dalam blog ini memberi manfaat kepada anda

Delete